Assalammualaikum buat geng-geng yang singgah ke blog ni dek kerana mencari keyword Setia Hujung Nyawa yang saya rasakan semakin diperkatakan oleh ramai orang. Kenapa? Sebab babak memula cerita tu memang sempoi.. Memang so sweet.. Bak kata orang yang bercinta, alahai.. "So sweet.. Tersenyum sokmo je bila tonton cerita ni kat tv3 jam 7 malam.."
Terus terang saya nak bagitau.. Saya memang tak berminat nak tengok drama melayu ni kalau tak betul-betul menarik minat saya. Tambah2 pulak waktu siaran dalam waktu maghrib.. Memang tak la kan nak tontonnya. Tapi entah macam mana, ada sumone special yang minta saya tengok drama ni, best katanya. Masa tu baru je start beberapa episod. Iskk.. Melihat babak2 romantik dalam drama Setia Hujung Nyawa ni wat saya tul2 tertarik... (pssttt...sebab skunk ngah mood bercinta la katakan.. hahahaha...)..


Si dia cakap, kalau takde konflik, tak syok la drama melayu. Mulanya bila berlaku konflik camtu, memang malas nak tengok da.. Tapi tu la kuasa drama2 camni... Suka tak suka, sekarang dengan aku2 sekali dah terjangkit.. Kalau tak tengok satu episod tu, rasa cam tak sah je. Tapi kalau memang tak dapat nak tengok sebab ada hal kat luar, si dia lah yang tolong tengokkan. Ok, kalau korang seorang lelaki yang gentleman (saya tak la gentle sangat.. ekekeke), mesty korang tak sanggup nak tengok seorang perempuan yang bermuka comel dan manja diherdik, dihina, dimacam2 la dengan suami dia tu. Nak tgk ape Zain Hakimi (watak suami Elsalina dalam drama Setia Hujung Nyawa ni) dah buat kat dia? Meh tengok pic2 ni jap...



Apakah kesudahan cerita ni? Pada yang dah baca novel Setia Hujung Nyawa ni pastinya korang dah tahu ending ye kan? Ala.. Buat2 tak tau je la.. Baru makin syok tonton. Mana yang terlepas tengok episod yang lepas-lepas, boleh jer search kat Youtube.com ataupun tengok kat www.tonton.com.my.
Nak ucapkan tenx pada Si Dia yang suruh memula dulu tengok drama Setia Hujung Nyawa ni. Siapa si dia yang dimaksudkan? Alahai.. Kan da bgtau skunk dalam mood bercinta. So, mesty la seseorang yang bertakhta di hati. Nurjihan Rahman. Dah macam nama penulis novel pulakkan.. Kui.. Kui.. Kui..
Itu sahajalah yang saya nak share untuk entry kali ini. Hope ending ye membahagiakan ler seperti awal2 episod dulu.
K geng.. Wasalam...
Sign up here with your email
2 ulasan
Write ulasanOwh, jatuh jatuh dan terus jatuh cinta dgn cerita ni
ReplyBaby Comel:
ReplyTahu takpe.. Tapi tu la.. Minggu ni minggu last la.. Tak sabar nak tgk dorang berbaik dan sweet2 semula kan...
ConversionConversion EmoticonEmoticon