Rahsia Penyedia Servis SEO & Kepentingan Ping Kepada Blog Atau Website | Fiq HaiDzir

Assalamualaikum & Selamat Datang



SelamaT DatanG Ke BloG RasMi FiQ HaiDziR. KaMi MenJalanKaN PerNiaGaaN SeCarA OnLinE DaN KaMi TuRuT MendafTarkaN PerNiagAaN Kami DenGaN SSM dengan penjenamaan syarikat sebagai FH Qaseh Beauty (JM0638154-M). Untuk Tempahan Produk, kami sedia menerima SMS 24jam setiap hari. Anda hanya perlu SMS / Whatsapp nama produk atau kod produk yang terdapat pada entry yang telah anda singgah.

Terima Kasih, Fiq Haidzir.
(SMS/Whatsapp ke 0107949199)

Rahsia Penyedia Servis SEO & Kepentingan Ping Kepada Blog Atau Website

Baiklah dalam entry ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana anda boleh mengharvest forum-forum yang mempunyai PR4-PR8.

Saya akan gunakan add-on yang popular bagi kebanyakkan webmaster dan SEO player iaitu SEO Quake.



Pengenalan kepada SeoQuake

Sedikit pengenalan kepada SeoQuake yang merupakan salah satu daripada Firefox extension yang popular. Extension ini dapat membantu anda untuk melihat statistic bagi sesebuah laman web tanpa perlu menggunakan mana-mana tool. SeoQuake akan memaparkan beberapa perkara seperti berikut:

- PageRank
- Indeks link
- Alexa Rank
- Compete rank
- Semrush rank
- DMoz index
- Delicious index
- Digg index
- Domain age
- Keyword density


Menarikkan extension SeoQuake ni? Dengan extension ini ianya akan memudahkan anda untuk mengharvest forum-forum yang mempunyai PR yang tinggi dengan tujuan untuk meletakkan link blog anda di ruangan profile di forum-forum berkenaan.

Jenis forum yang diburu

Baiklah focus kita sekarang ialah forum, platform forum. Di luar sana banyak jenis platform forum yang anda boleh jumpai seperti Vbulletin forum, PHBB forum, SMF dan banyak lagi yang anda boleh jumpai, ada yang berbayar dan ada juga yang percuma.

Tapi dalam pemburuan kita kali ini, kita akan fokuskan kepada forum yang menggunakan platform Vbulletin kerana forum jenis ini menarik dan kebiasaannya mempunyai PR yang tinggi. Ini sudah pastinya akan memudahkan kita untuk mendapatkan backlink yang berkualiti bagi blog kita sendiri.


Pertama sekali, jom ke Google dahulu dan pilih pada ruangan kanan, ‘advanced search’. Kemudian pilih ‘number of results’ dari 10 hingga 100. Kalau anda mempunyai sambungan internet yang pantas, saya cadangkan anda pilih 100 ‘number of results’ untuk mendapatkan senarai yang lebih panjang.



Setelah itu anda masukkan string ini ke dalam search query:

+"Your Niche Key" "Powered by vBulletin” "Forum Contains New Posts"

Ini adalah contohnya..
+"make money online" "Powered by vBulletin” "Forum Contains New Posts"

Untuk lebih jelas sila rujuk screenshot:



Sekarang anda sudah mempunyai SeoQuake di browser firefox anda. Dan hasil carian yang akan menunjukkan 100 laman web pertama yang ditemui pada halaman pertama.



Pada screenshot tersebut juga saya ada highlightkan dengan warna merah ruangan yang menunjukkan PR yang mempunyai symbol “?”, anak panah menaik dan menurun. Fungsi simbol-simbol ini adalah untuk memudahkan anda mengelaskan PR bagi laman web di search result berkenaan. 

Untuk mendapatkan susunan PR dari yang tinggi ke yang paling rendah, anda klik pada anakpanah yang menunjukkan ke arah bawah. Manakala untuk mendapatkan susunan PR dari yang paling rendah ke yang paling tinggi, klik pada anak panah yang menunjukkan ke arah atas.

Anda boleh juga menggunakan cara ini untuk mendapatkan forum-forum dari laman edu yang sememangnya mempunyai kesan yang cukup hebat ke atas blog anda.
Anda Cuma perlu gunakan search string ini untuk mencari dan mendapatkan forum-forum dari laman edu:
site:.eduinurl:"index.php?action=register”

Membina backlink ke blog anda

Setelah anda mendapatkan senarai yang mencukupi bagi forum-forum yang mempunyai nilai PR yang tinggi, tibalah masanya untuk anda mula menyediakan plan untuk mencipta backlink bagi blog anda. Dan jangan lupa untuk ping setiap URL profile anda menggunakan servis-servis ping yang terdapat di internet.
Seandainya anda masih lagi mencari-cari laman web manakah yang akan memberikan anda servis ping secara percuma di bawah ini saya senaraikan beberapa laman web yang memberikan servis ini secara percuma.

·         pingler.com
·         feedshark.brainbliss.com
·         pingoat.com
·         blogpingtool.com
·         autopinger.com
·         pingomatic.com
·         feedping.com
·         blogsearch.google.com/ping
·         pingates.com

Kepentingan Ping

Sebenarnya ping ini penting kepada url-url profile forum yang mengandungi backlink ke blog anda kerana, dengan servis ping ini, ianya akan memberitahu bahawa url yang di ping sebentar tadi sudah di update. Seterusnya spider-spider dari Google dan Yahoo akan menjalankan tugas mereka untuk crawl url yang telah di ping sebentar tadi.


Apabila sudah di ping dan di crawl oleh spider-spider  berkenaan, peratus untuk profile-profile berkenaan diindeks oleh enjin carian seperti Google dan Yahoo akan meningkat. Tiada gunanya sekiranya anda mencipta banyak backlink namun tiada satu pun yang diindeks oleh Google dan Yahoo. 

Malah ianya juga tidak akan memberikesan kepada kedudukan blog anda di enjin carian bagi keyword yang anda sasarkan.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan blog anda ok.. Silakan SHARE.
Previous
Next Post »

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner