Happy Birthday Fiq - Best Sangat Harini... | Fiq HaiDzir

Assalamualaikum & Selamat Datang



SelamaT DatanG Ke BloG RasMi FiQ HaiDziR. KaMi MenJalanKaN PerNiaGaaN SeCarA OnLinE DaN KaMi TuRuT MendafTarkaN PerNiagAaN Kami DenGaN SSM dengan penjenamaan syarikat sebagai FH Qaseh Beauty (JM0638154-M). Untuk Tempahan Produk, kami sedia menerima SMS 24jam setiap hari. Anda hanya perlu SMS / Whatsapp nama produk atau kod produk yang terdapat pada entry yang telah anda singgah.

Terima Kasih, Fiq Haidzir.
(SMS/Whatsapp ke 0107949199)

Happy Birthday Fiq - Best Sangat Harini...

Happy Birthday to me...
Happy Birthday to me..
Happy Birthday to fiq....
Happy Birthday tooooo me....


Alhamdulillah.. Harini dapat banyak sangat ucapan dan doa panjang umur dari kawan2, baik di facebook atau pun di ruangan SMS.. Terharu sangat harini sebab selain dari dapat wish n ciuman dari mama tersayang, dapat luangkan masa bersama mama n adik g kluar makan dan tengok wayang.

Tau x cerita apa yang ktorang tengok tu? Filem terbaru yang keluar sama tarikh dengan hari lahir fiq iaitu Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.. Ya Allah, best sangat2 cerita ni.. Sempoi je lawak2 dia.. Mula2 tengok poster macam tak berapa best kan... Tapi memandangkan kat pawagam Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang tu hanya ada 2 je cerita (satu lagi tu Kisah Paling Gengster tayangan kul 5.20pm), Fiq ngan mama pun decide untuk layan cerita baru yang dilakonkan oleh Shiro n ada undangan khas iaitu Ustaz Azhar Idrus itu sendiri..

Fiq malas nak buat review pasal filem ni.. Tapi Fiq boleh gerenti, mesty pecah panggung. Mungkin ramai yang beranggapan filem ni biasa2 je.. Tapi korang pergilah.. Banyak nasihat yang tersurat dan tersirat di sebalik kelakar dan lawak2 yang dibuat.. Memang tak kering gusi punyalah. Ada beberapa part tu, memang agak menyentuh hati kecil Fiq sebagai seorang muslim. Kawan2 pun akan rasa juga.


Kelainan yang Fiq rasakan dalam filem ni, takde heroin pun.. Tapi itu pun da cukup2 berbaloi dengan harga tiket.. Pergi ye.. Ambil iktibar dari setiap apa yang tersurat dan tersirat dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang ni...

Oklah.. Pas abes tonton wayang tu, Fiq ngan family pun pergi pekena Bakso Special yang ada kat FoodCourt Pusat Bandar Pasir Gudang tu.. Fiq kenal tempat tu dari awal2 habis SPM dulu.. Masuk tahun ni, dah 7 tahun tau.. So, mmg bertahan lama akak tu kat situ.. Kalau korang tak caya sedap ke tak, korang boleh pergi try sendiri.. Berbaloi.... (Tak sempat snap pic masa keluar ngan family..)

Kebetulan, malam tadi ni ada meeting bersama keluarga SNE kan.. So, Fiq pun hadirkan diri.. Dorang buat di kedai makan. Macam kebetulan je kan.. So, bila biz partner Fiq iaitu Rebecca Tham dapat tau harini birthday Fiq, terus cepat2 dia cari kek.. Jenuh dia pusing kawasan sekitar nak belikan kek.. Best ye...

Segan pula fiq rasa.. Ye la.. Da lama x rasa dapat kek n celebrate ramai2 macam ni.. Lepas tu siap dia upah orang main gitar untuk nyanyikan happy birthday untuk Fiq.. So sweet.. (Nak nanges happy pun ada tau...)


So, ini je Fiq nak kongsikan setakat ni.. Tak sempat nak nulis panjang2.. Da keletihan teramat... Pada kawan2 yang dah wish dan doakan tu, Fiq ucapkan terima kasih tak terhingga buat kalian. Semoga Allah sahajalah yang membalas budi kalian. Fiq pun doakan agar anda semua sukses2 selalu bersama keluarga SNE Marketing.

Fiq gembira dengan keluarga SNE Marketing ni.. Bukan sahaja produk ye cukup power, tapi nilai kekeluargaan dan kasih sayang yang diterapkan amat2 bermakna.. Terima Kasih Semua...

Ikhlas,
FiQ HaiDzir
Previous
Next Post »

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner