Assalamualaikum & Selamat Datang

SelamaT DatanG Ke BloG RasMi FiQ HaiDziR. KaMi MenJalanKaN PerNiaGaaN SeCarA OnLinE DaN KaMi TuRuT MendafTarkaN PerNiagAaN Kami DenGaN SSM dengan penjenamaan syarikat sebagai FH Qaseh Beauty (JM0638154-M). Untuk Tempahan Produk, kami sedia menerima SMS 24jam setiap hari. Anda hanya perlu SMS nama produk atau kod produk yang terdapat pada entry yang telah anda singgah.

Terima Kasih, Fiq Haidzir.
(SMS/Whatsapp ke 0107949199)

Drama Setia Hujung Nyawa? Aduhaaiii... Aq Da Terjangkit...



 Assalammualaikum buat geng-geng yang singgah ke blog ni dek kerana mencari keyword Setia Hujung Nyawa yang saya rasakan semakin diperkatakan oleh ramai orang. Kenapa? Sebab babak memula cerita tu memang sempoi.. Memang so sweet.. Bak kata orang yang bercinta, alahai.. "So sweet.. Tersenyum sokmo je bila tonton cerita ni kat tv3 jam 7 malam.."


Terus terang saya nak bagitau.. Saya memang tak berminat nak tengok drama melayu ni kalau tak betul-betul menarik minat saya. Tambah2 pulak waktu siaran dalam waktu maghrib.. Memang tak la kan nak tontonnya. Tapi entah macam mana, ada sumone special yang minta saya tengok drama ni, best katanya. Masa tu baru je start beberapa episod. Iskk.. Melihat babak2 romantik dalam drama Setia Hujung Nyawa ni wat saya tul2 tertarik... (pssttt...sebab skunk ngah mood bercinta la katakan.. hahahaha...)..

Watak Zain Hakimi dan Elsalina tu nampak natural. Seronok lihat cara lakonan dorang. Yang si El tu dah la comel, pastu manja2.. Machoman2 kat luar sana pasti dok berangan nak memperisterikan si El tu.. Betui x? Agugugugu...

Tapi... Ke'sweet'an dan keromantikan (ape bahasa daaa..) dorang tak lama. Ngah syok2 layan dorang punya sweet, tiba2 pecah tembelang. Dalam diam si El ni rupanya mengandung anak luar nikah.. Aduh... Saya dah agak dah, mesty pasni jadi konflik by konflik. Saya memang malas nak tgk drama melayu sebab ni lah.. Ngah syok2 layan sweet2, tetiba jadi konflik2 cmni, sampai meleleh2 airmata (memang tak leh nak tgk pempuan nanges pun), pastu heroin kena tocher, itu dan ini.. bla bla bla bla bla bla bla......

Si dia cakap, kalau takde konflik, tak syok la drama melayu. Mulanya bila berlaku konflik camtu, memang malas nak tengok da.. Tapi tu la kuasa drama2 camni... Suka tak suka, sekarang dengan aku2 sekali dah terjangkit.. Kalau tak tengok satu episod tu, rasa cam tak sah je. Tapi kalau memang tak dapat nak tengok sebab ada hal kat luar, si dia lah yang tolong tengokkan. Ok, kalau korang seorang lelaki yang gentleman (saya tak la gentle sangat.. ekekeke), mesty korang tak sanggup nak tengok seorang perempuan yang bermuka comel dan manja diherdik, dihina, dimacam2 la dengan suami dia tu. Nak tgk ape Zain Hakimi (watak suami Elsalina dalam drama Setia Hujung Nyawa ni) dah buat kat dia? Meh tengok pic2 ni jap...

 


Cian kan? Hah... Nak tau ape lagi yang berlaku seterus2nya, korang layan la drama Setia Hujung Nyawa ni kat TV3 tu.. Ada beberapa idea sweet yang korang leh tiru nak wat kat kekasih aty korang. Ambil yang baik-baik je tau. Jangan pulak gi buli bini korang macam zain buat kat el tu. 

Apakah kesudahan cerita ni? Pada yang dah baca novel Setia Hujung Nyawa ni pastinya korang dah tahu ending ye kan? Ala.. Buat2 tak tau je la.. Baru makin syok tonton. Mana yang terlepas tengok episod yang lepas-lepas, boleh jer search kat Youtube.com ataupun tengok kat www.tonton.com.my.

Nak ucapkan tenx pada Si Dia yang suruh memula dulu tengok drama Setia Hujung Nyawa ni. Siapa si dia yang dimaksudkan? Alahai.. Kan da bgtau skunk dalam mood bercinta. So, mesty la seseorang yang bertakhta di hati. Nurjihan Rahman. Dah macam nama penulis novel pulakkan.. Kui.. Kui.. Kui..

Itu sahajalah yang saya nak share untuk entry kali ini. Hope ending ye membahagiakan ler seperti awal2 episod dulu.

K geng.. Wasalam...
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
February 5, 2013 at 10:26 AM delete

Baby Comel:

Tahu takpe.. Tapi tu la.. Minggu ni minggu last la.. Tak sabar nak tgk dorang berbaik dan sweet2 semula kan...

Reply
avatar

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner