Teknik Simple Buat Duit Tanpa Modal Dan Produk | Fiq HaiDzir

Assalamualaikum & Selamat Datang



SelamaT DatanG Ke BloG RasMi FiQ HaiDziR. KaMi MenJalanKaN PerNiaGaaN SeCarA OnLinE DaN KaMi TuRuT MendafTarkaN PerNiagAaN Kami DenGaN SSM dengan penjenamaan syarikat sebagai FH Qaseh Beauty (JM0638154-M). Untuk Tempahan Produk, kami sedia menerima SMS 24jam setiap hari. Anda hanya perlu SMS / Whatsapp nama produk atau kod produk yang terdapat pada entry yang telah anda singgah.

Terima Kasih, Fiq Haidzir.
(SMS/Whatsapp ke 0107949199)

Teknik Simple Buat Duit Tanpa Modal Dan Produk

Salam 1 Malaysia dan ucapan tahniah saya berikan kepada anda yang berjaya singgah di sini. Ini kerana saya akan kongsikan 1 teknik yang telah saya war-warkan di laman Facebook saya bila mana pada 26/10/2012 (harini) yang jatuh pada raya aidil adha, tengah syok2 beraya, seseorang telah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun Maybank saya.

Wang tersebut merupakan komisyen untuk saya kerana bekerjasama dengan beliau mendapatkan prospek.
Peringatan: Ini bukan dari Skim Cepat Kaya, MLM, Login FB Dapat Duit ok... =)

Mukadimah

Jadi, apakah teknik yang saya maksudkan? Yang mana teknik ini tidak memerlukan anda mempunyai modal langsung, tetapi memerlukan sedikit kerajinan. Iye la kan.. Nak dapat duit, bukan duduk diam sahaja.. Rezeki takkan datang bergolek bang, kak tanpa kita mengeluarkan sedikit usaha.

Pengenalan Diri

Sebelum tu, saya nak perkenalkan diri saya. Saya adalah usahawan internet secara sambilan sahaja. Selain perniagaan internet, saya ada menjual barang-barang kemas 916 dan 999 dengan harga yang sangat berpatutan, membuat blog, membekal penapis air dari jenama Coway, menjual barangan kesihatan dan kecantikan berasaskan kolagen selain menjadikan "teknik RAHSIA" saya yang ingin saya kongsikan sebagai salah satu sumber pendapatan. Sudikan LIKE page saya yang ini ye ---> FiQ HaiDzir


Teknik Rahsia Yang Saya Gunakan

Hari ini, ramai yang walaupun sudah bekerja, tetapi masih lagi mencari pendapatan secara sampingan. Kerana apa? Mahu atau tak mahu, kita kena akui, perbelanjaan masa kini sangat tinggi terutamanya kepada anda yang tinggal di bandar-bandar besar. Ada yang menjual produk kecantikan, ada yang menyertai skim2 pelaburan, program-program cepat kaya, menjual itu dan ini. Kalau anda setuju dengan saya, ianya memerlukan sesuatu yang sering kali membuat anda pening kepala dan give up bila mula-mula nak start bisnes iaitu M O D A L.

Tahukah anda, sebenarnya modal (ringgit malaysia) bukanlah modal utama sebaliknya diri anda sendiri. Teknik yang saya gunakan adalah Teknik Air Liur. Mungkin agak kotor bunyinya tetapi saya pasti anda akan ingat term ini sampai bila-bila. Sekarang teknik ini bukanlah lagi rahsia ye.. Hehehehe

Teknik Air Liur......... errrkkkk

Ok.. Teknik ini menggunakan konsep REFERRAL... Di mana, anda men'refer'kan seseorang kepada seseorang dan anda mendapat keuntungan hasil kerjasama dari mereka. 

Untuk lebih memudahkan anda faham teknik ini, saya akan berikan beberapa contoh:

Situasi 1 - Anda jadi broker kereta kepada agen jualan kereta yang boleh anda percayai. Nanti saya ulaskan di bawah. Kemudian, katakan ada saudara mara anda atau kawan-kawan yang ingin membeli kereta, anda perkenalkan mereka kepada agen anda. Jika urusniaga berjaya, agen tersebut memberikan anda komisyen sebagai ganjaran. Busuk2 pun anda boleh dapat antara RM300-RM1500.

Situasi 2 - Hampir sama dengan situasi yang pertama cuma kali ini anda menjadi broker kepada agen jualan rumah. Tapi kali ini anda promosikan melalui internet seperti facebook dan forum. Kerja anda hanya perlu dapatkan prospek yang berpotensi dan perkenalkan kepada agen jualan tersebut. Kalau rajin anda promosikan, semakin ramai prospek yg anda dapat dan semakin tinggi potensi untuk anda dapat komisyen. Komisyen biasanya antara RM1000-RM10,000!!!

Situasi 3 -  Secara ringkasnya, anda jadi introducer orang yang berminat nak buat pinjaman. Sila introduce kepada agen pemasaran yang membuat pinjaman sebagai contoh MBSB.

Nah.. Anda dah jelas? Saya yakin, anda akan cakap, "Issskkk... Teknik ni aku pun dah tahu..."

Ye betul, anda mungkin dah tahu. Saya pun berfikiran sama seperti anda pada mulanya. Tetapi, saya tak pernah amik port teknik ini. Namun, bila saya asyik dok pening memikirkan cara mendapatkan modal untuk  mengembangkan syarikat saya MFH Global Services (JM0608205-X), bila saya kaji-kaji semula, teknik ini sangat sesuai untuk saya. Dalam seebulan saya dapatlah tambah2 dalam RM1,000-RM1,500 melalui teknik ini. Dan saya juga pasti ianya sangat berguna untuk anda manfaatkan.

7 Tips Untuk Gunakan Teknik Air Liur
1) Kena rajin buka mulut. Kalau berat buka mulut, cuba guna jari jemari. Maksud saya, gunakan SMS, PM atau seumpamanya yang memerlukan anda untuk menaip. hehehe...

2) Dapatkan agen yang boleh dipercayai dan boleh buat kerja. INI SANGAT PENTING!! Cari agen yang ada kredibiliti, yang memudahkan kerja anda (anda hanya perlu perkenalkan prospek dan buyer, selebihnya dia akan buatkan), dan yang UTAMA, dia bayar kepada anda bila urusniaga antara dia dan prospek yang anda perkenalkan berjaya.

3) Cari agen yang menawarkan komisyen tertinggi atau bonus yang lebih menarik.

4) Jadi kawan kepada agen tersebut, ambil tahu tempat dia tinggal atau kerja. Senang untuk berurusan.

5) Gunakan medium seperti forum untuk mencari agen yang dipercayai.

6) Kena ada facebook supaya mudah untuk anda dapatkan prospek.

7) Rajin dan rajin dan rajin mempromosikan perniagaan agen anda tetapi, pada bahagian untuk hubungi, SILA LETAK NAMA DAN NO TELEFON ANDA!! Jangan berikan sebarang link web atau blog yang menjurus kepada agen anda itu. Nanti ANDA MELEPAS!!!!!

So, itu je teknik simple yang dihuraikan secara agak santai supaya anda lebih jelas teknik air liur yang saya gunakan itu...

Satu lagi teknik bagi sesiapa yang sama juga tiada modal dan masa yang banyak, anda boleh cuba teknik DROPSHIP!!

Sedikit kajian kes:

Mungkin anda tertanya-tanya barang apa yang saya telah menrefer sehingga berjaya generate sebanyak RM150 komisyen? Ok, saya telah membantu rakan saya iaitu Zery AlFayeid mempromosikan produk beliau iaitu Mesin Terminal Ezeelink yang mana mesin tersebut hampir sama fungsinya seperti mesin e-Pay yang anda selalu beli topup kat 7 Eleven. Tetapi modalnya jauh lebih murah.



-Fiq Haidzir-

p/s: Kalau artikel ini berguna, anda hanya perlu klik LIKE atau SHARE pada kawan-kawan yang lain.



Previous
Next Post »

2 ulasan

Write ulasan
9 Januari 2013 pada 9:42 PG delete

Macam nak join biz ini....bole bagitahu secara detail tak?.saya kurang faham.No saya 012 - 2294127.(hafidzuddin)

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 Jun 2013 pada 4:01 PTG delete

Berminat menjadi broker kereta.boleh email di ferdy_bge23@yahoo.com

Reply
avatar

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner