Assalamualaikum & Selamat Datang

SelamaT DatanG Ke BloG RasMi FiQ HaiDziR. KaMi MenJalanKaN PerNiaGaaN SeCarA OnLinE DaN KaMi TuRuT MendafTarkaN PerNiagAaN Kami DenGaN SSM dengan penjenamaan syarikat sebagai FH Qaseh Beauty (JM0638154-M). Untuk Tempahan Produk, kami sedia menerima SMS 24jam setiap hari. Anda hanya perlu SMS nama produk atau kod produk yang terdapat pada entry yang telah anda singgah.

Terima Kasih, Fiq Haidzir.
(SMS/Whatsapp ke 0107949199)

Luahan Hati Dan Jiwaku Buat Kamu

MONOLOG JIWAKU BUAT KAMU...

Dahulu desis hati ku kesah pilunya kerana kasih cinta dan nista itu masih bersamaku.. Bukan hasrat ku bermain kata menulis puisi cinta tapi ianya teras agas puisi hiba alunan jiwa ku yang merindu kasih... Laksana sang pungguk yang melihat indahnya bulan tapi tak terdakap lalu menyiulkan bunyi panggilan sayu..

Aku pilih untuk berkata bahasa pilu sebagai ganti puisi cinta yang seharusnya menjadi mainan pujaan jiwa ku.. Yang jelas atlasnya itu puisi hati, kata hatiku yang duka pilu mengenang nostalgia yang kata-kata cinta terbenam dibenaknya..

Merindukah aku? Merindukah kamu? Tiada yang dapat menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati... Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata membalikkan sesuatu yang disebaliknya... Aku jujur.. Kamu juga jujur mahunya tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya aku... :'(

Kamu.. boleh aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan namaku, senyumanku, kasih sayangku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita yang bisa membuat kamu tersenyum?

Kamu.. boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ku lihat dalam kejauhan samar-samar wajahmu lalu terimbas kenangan kita walau hanya sekelumit dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh padamu............!!!!


Kamu.. boleh aku bertanya lagi..?

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di sana tanpa ku? Telah ketemukah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan? Aku hanya mahu tahu.......

Kamu.. boleh aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang foto dalam facebook mu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu bidadari hati ku.....

Kamu.. boleh aku bertanya?

Kenapa airmata ku mengalir tika aku menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? Demi melihat kamu bahagia di samping pilihan hatimu.......

Dan aku mengharapkan monolog jiwa yang ku titipkan buatmu dari kejauhan ini dapat memberi erti betapa aku terlalu mahu kamu tersenyum, tawa ceria.... Ikhlas niatku....,

Salam Sendu,

-Fiq Haidzir (23/10/2011, 05.14am)-

Previous
Next Post »

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner