Formula Rahsia Kejayaan E-Networkers | Fiq HaiDzir

Assalamualaikum & Selamat Datang



SelamaT DatanG Ke BloG RasMi FiQ HaiDziR. KaMi MenJalanKaN PerNiaGaaN SeCarA OnLinE DaN KaMi TuRuT MendafTarkaN PerNiagAaN Kami DenGaN SSM dengan penjenamaan syarikat sebagai FH Qaseh Beauty (JM0638154-M). Untuk Tempahan Produk, kami sedia menerima SMS 24jam setiap hari. Anda hanya perlu SMS / Whatsapp nama produk atau kod produk yang terdapat pada entry yang telah anda singgah.

Terima Kasih, Fiq Haidzir.
(SMS/Whatsapp ke 0107949199)

Formula Rahsia Kejayaan E-Networkers



Formula Rahsia Kejayaan E-Networkers

Rahsia E-Networkers Pertama

1. Impian – Bila anda mengimpikan sesuatu kejayaan, anda mestilah mempunyai satu impian yang amat kuat. Impian inilah yang akan menjadi satu pendorong dan pemangkin terkuat seorang E-Networkers untuk menolak anda melakukan perkara-perkara yang orang gagal tidak mahu lakukan. Impian menjadikan anda seorang yang kebal dengan setiap ucapan-ucapan negatif yang akan anda terima di sepanjang proses anda untuk mencapai matlamat anda. Impianlah yang akan menjadikan anda insan yang tabah di dalam merealisasikan matlamat yang anda hasratkan.



Rahsia E-Networkers Kedua

2. Matlamat – Bila bercakap berkenaan matlamat, semestimya kita perlu menetapkan sebuah matlamat. Bukan buat secara semberono. Iaitu tujuan yang ingin dicapai. Matlamat yang perlu ada mestilah tepat dan tidak boleh kabur. Matlamat yang kabur tidak akan membawa anda ke mana-manapun.

Adalah penting kepada anda untuk mempunyai SMART Matlamat iaitu :

S – Specific (Matlamat yang kita ketahui dengan jelas)
M – Measurable
(Matlamat yang boleh di ukur, iaitu kita mempunyai satu matlamat yang boleh di ukur pencapaian dan boleh di buat perbandingan)
A – Attainable
(Matlamat yang boleh di capai mengikut kemampuan diri)
R – Realistic
(Matlamat yang di inginkan mestilah boleh di capai dalam satu jangka masa yang munasabah)
T – Timeline
(Matlamat anda mesti ada tarikh untuk di capai)

Matlamat MESTI di tulis dan lengkap dengan apa yang di inginkan secara terperinci dan di tetapkan masa untuk di capai. Matlamat yang di tulis mesti di analisa atau review sentiasa untuk memastikan apa yang kita lakukan setiap hari mendekatkan kita kepada matlamat yang ingin di capai.



Rahsia E-Networkers ketiga

3. FOKUS
Dalam melakukan sesuatu kita mesti fokus. Fokus atau tumpuan memberikan kita tenaga atau energi yang cukup untuk melaksanakan tugas kita.

Sebagai contoh jika anda mempunyai sebuah kotak yang ingin anda buatkan satu lubang melaluinya. Anda di berikan 2 alat untuk di gunakan bagi membuat lubang tersebut. Alat yang pertama ialah sebatang pisau yang tajam dan alat yang kedua ialah sebatang sudu.

Jika anda menikam atau mencucuk kotak tersebut untuk membuat lubang dengan menggunakan sebatang sudu, sudah pasti energi yang anda gunakan adalah tinggi tetapi anda masih tidak mampu membuat sebuah lubang. Tetapi jika anda menggunakan sebatang pisau dengan mudah tugas anda akan terlaksana.
Pisau yang tajam tapi mempunyai energi yang tertumpu di satu tempat manakala sudu yang tumpul pula energinya di merata tempat dan tidak tertumpu.

Jadi inilah kuasa FOKUS yang amat kuat.



Rahsia E-Networkers yang ke Empat

4. TINDAKAN Berterusan dan Konsisten
– Walaupun anda sudah mempunyai impian, matlamat yang bertulis dan fokus di dalam menjalankan apa yang anda impi-impikan namun tanpa TINDAKAN ianya tidak akan membawa anda ke mana-mana.

Tindakan juga perlu yang BERTERUSAN dan BERKONSISTEN. Inilah yang akan menghasilkan kejayaan dalam satu jangka masa yang panjang dan berterusan.


Jadi, kepada newbie2 yang di luar sana yang baru menceburkan diri dalam industri networking ni, Fiq nak nasihatkan, buat secara berterusan. Jangan berhenti di tengah jalan. Kegagalan dalam bidang E-Networkers ini adalah bila anda berhenti berusaha. Kejayaan pasti datang walau anda buat secara berdikit-dikit tetapi berterusan. Jumpa anda di puncak kejayaan....





Previous
Next Post »

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner