Assalamualaikum & Selamat Datang

SelamaT DatanG Ke BloG RasMi FiQ HaiDziR. KaMi MenJalanKaN PerNiaGaaN SeCarA OnLinE DaN KaMi TuRuT MendafTarkaN PerNiagAaN Kami DenGaN SSM dengan penjenamaan syarikat sebagai FH Qaseh Beauty (JM0638154-M). Untuk Tempahan Produk, kami sedia menerima SMS 24jam setiap hari. Anda hanya perlu SMS nama produk atau kod produk yang terdapat pada entry yang telah anda singgah.

Terima Kasih, Fiq Haidzir.
(SMS/Whatsapp ke 0107949199)

HaTi Ku SaYu SaaT InI.....



     Asalam buat kawan-kawan... Setelah beberapa minggu Fiq tak buat luahan hati di sini, hanya membuat posting-posting lirik lagu, cerita lawak dan promosi Cordy Juice yang Fiq lakukan, kali ni Fiq nak berkongsi pula luahan hati yang terbuku sejak dua menjak ni...

Jika sebelum ni, mungkin pengikut setia blog Fiq tahu yang Fiq sedang mengejar cinta LS... Memang Fiq tak nafikan yang Fiq memang sayangkan dia... Tetapi, sejak mengenali seseorang ini, bukanlah kasih Fiq beralih arah.. Tapi entah mengapa, hati Fiq sering teringatkan dia... Rasa ingin mengenali si dia dengan lebih mendalam tu semakin menjadi-jadi. Fiq kenali dia melalui FaceBook. Dan sejak kami saling mengenali, dia mula take care pasal Fiq. Padahal kami duduk jauh. Biarlah Fiq kenalkan dia sebagai Putri atau nama yang Fiq berikan adalah Put2... Tu kira nama manja ler tu.. hehehe... 

Put2 ni memang sorang yang hepi go lucky, tapi kuat merajuk. Kalau dulu, perempuan kuat merajuk ni, Fiq buat tak tau jerk sebab Fiq memang tak reti nak pujuk2 orang ni. Entah kenapa put2 ni begitu istimewa yang buat Fiq rasa nak jaga je aty dia.. Lepas kami berkenalan agak lama tu, kami menjadi semakin rapat, walau jarak yang menjadi pemisah, tapi di hati kami sentiasa rasa dekat. Dan akhirnya Fiq jatuh cinta pada put2. Bagi Fiq, dia memang unik. Unik dari segi perwatakkan, dari segi pergaulan dan dot dot dot... Ahaks... Ape tu? Biarlah rahsia. Senang cakap put2 ni sgt istimewa.

Baru-baru ni Fiq dapat khabar dr put2 yang dia sedang sakit. Fiq jadi terlalu risau. Ati fiq jadi tak keruan, fikiran asik teringatkan dia.. Di telinga Fiq terngiang-ngiang gelak tawa, tangis sendu Put2.. Fiq takut kehilangan dia. Sebab tu sekarang ni aty Fiq jadi sayu saat ini. Fiq tak tau nak buat apa. Put2 jauh. Ada masanya, bagi Fiq jarak itu sangat kejam. Kerana jarak ini yang menjadi pemisah kami. Apa perlu Fiq buat? Di sana si dia memerlukan Fiq di sisi. Di sini, group Fiq sgt memerlukan Fiq. Ini ke yang dinamakan pengorbanan dalam perhubungan?? Ya Allah, Kau berilah kekuatan kepadanya... Hanya dengan doa sahaja yg dpt Fiq kirimkan pada dia. Kawan-kawan, tolong doakan semoga Putri Fiq tu cepat sembuhnya. Kalau bukan demi Fiq, biarlah dia bertahan demi keluarganya. Put2 ni adalah permata keluarganya. Sebab dialah satu2 ye anak perempuan antara 4 adik beradik.

Put2, Fiq doakan Put2 cepat sembuhnya. Semoga Put2 mendapat kesejahteraan yang berpanjangan, dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga sentiasa tersenyum ceria di samping keluarga tercinta. Kerana senyuman Put2 itu indah di hati Fiq. Salam sayang buat Put2....

=============================================


Lirik Lagu Ariq - Sang By Thaqif

Hadirmu di sisi bagaikan cahaya
Memancar terang ke sudut hatiku ini
Senyum tangis tawa mu
Bak irama dan lagu
Tersusun indah menjadi puisi syahdu

Sinaran matamu kilauan permata
Menyinar menerangi alam sementar
Kau kirimkan bahagia
Namun tak ku sangka
Semua ini sementara saja

Ariq
Namamu terukir di hatiku
Dikau pengubat rindu
Dikala hati sendu

Ariq
Kehadiranmu membawa makna
Tapi mengapa hanya seketika

Bagaimana nanti andainya kau pergi
Haruskah ku meratapi di dalam sepi
Aku diusung rindu
Hanya dalam lagu
Ingatan tulus suci kita bersamamu

Sejahteralah kau Ariq
Kau pasti ku rindu 


KLIK DI >>SINI<< KALAU ANDA MINAT BISNES, TAPI TAK SUKA CARI ORANG. MACAM MANA NAK BUAT "ORANG YANG CARI ANDA!!"

ATAU

DAPATKAN PROMOSI DISKAUN PRODUK UNIK YANG TERBUKTI BERKESAN UNTUK PELBAGAI PENYAKIT KRONIK DI >>SINI!!<<


Previous
Next Post »

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner