Sah, Fiq Dilamun Cinta!!! | Fiq HaiDzir

Assalamualaikum & Selamat Datang



SelamaT DatanG Ke BloG RasMi FiQ HaiDziR. KaMi MenJalanKaN PerNiaGaaN SeCarA OnLinE DaN KaMi TuRuT MendafTarkaN PerNiagAaN Kami DenGaN SSM dengan penjenamaan syarikat sebagai FH Qaseh Beauty (JM0638154-M). Untuk Tempahan Produk, kami sedia menerima SMS 24jam setiap hari. Anda hanya perlu SMS / Whatsapp nama produk atau kod produk yang terdapat pada entry yang telah anda singgah.

Terima Kasih, Fiq Haidzir.
(SMS/Whatsapp ke 0107949199)

Sah, Fiq Dilamun Cinta!!!

<---Tolong Klik Share


     Salam kawan-kawan semua.. Apa khabar? Harini Fiq nak berkongsi rasa sikitlah... Pagi tadi Fiq bangun tidur, sedar-sedar kepala goyang. Badan tak stabil. Macam unbalance. Tak tahulah adakah ini antara healing reaction dari terapi urutan tulang belakang yang Fiq amalkan skrg ni ke or benda lain. Loya sangat rasa badan. Harini ada home party yang mana Fiq kene jadi speaker untuk menerangkan pasal company dan produk pada prospek. Hati dah mula risau.. Takut2 depan prospek nanti, tumbang jer. Apa yang berlaku adalah sebaliknya... Alhamdulillah...


    Macam ni, sampai-sampai jer kat rumah prospek, fuh, penuhlah yang datang. Mulanya berderau gak darah.. Maklumlah, Fiq belum cukup biasa bercakap di depan. Nak tak nak, disebabkan tugas untuk membantu perkembangan group, Fiq gagahkan jugak. Dan Alhamdulillah, feedback dan fokus dari hadirin yang datang sangat-sangat fokus. Berikan tepukan yang gemuruh untuk anda... Hehehehe.... Lepas habis prezen, tyme untuk closing plak. Makcik-makcik, akak-akak dan pakcik-pakcik yang hadir, suka dengar cerita Fiq berkenaan testimoni produk. Lagi-lagi bila sampai part yang melibatkan seksual.. Amboi pakcik makcik, jeling menjeling dan tersenyum lebar gitu kan... Lepas habis tu, kitorang pun balik. 

    Bila dah sampai kat uma, tak semena-mena perasaan jadi tak keruan. Tak tau kenapa.. Hati teringat kat someone. Wajah dia terbayang-bayang depan mata. Bila Fiq belek-belek blog Fiq ni, terjumpa artikel 6 Petanda Kamu Sudah ANGAU, barulah Fiq perasan. Fiq dilamun cinta sekarang ni..!! Aduuyyaaiii.. Patutlah hati sentiasa teringatkan si dia.

      Bukan apa, si dia masih belajar dan Fiq pulak masih tercari-cari arah tuju. Yang peliknya, Fiq boleh 'tersuka' kat dia walaupun kitorang masih belum berjumpa. Macam mana tu? Ni la dahsyatya cinta cyber. Belum jumpa lagi dah terasa suka. Sebab sebelum ni Fiq malas nak amik port pasal cinta-cinta ni sebab penat dah bercinta. Takut dan fobia kalau-kalau tak menjadi jerk kan... 

      So, agak-agakkan, apa yang patut Fiq buat yer? Fiq ingat lagi, baru jer kenal, Fiq da terus ajak dia couple. Tak ke gelojoh tu namanya? Betul tak? Tapi Fiq ingat ada kata-kata seorang kawan baik ni. Kalau hati dah suka, terus terang dengan dia. Jangan lambat-lambat. Nanti terlepas. Fiq terus terang je la. Ada juga beranikan diri, suarakan hasrat Fiq nak meminang dia kat mama. Mama senyum jerk.. Fiq cakap ngan mama, mama bagi abg long tempoh setahun untuk kumpul duit. Huhuhu... Fiq nak tunggu dia habis exam, dan kalau boleh nak pergi jumpa dia dan family dia. Nak berkenalan... Dats mean, im so serious with her. Cuma taknak tergopoh-gopoh. Nanti si dia tak selesa.

     Serba sedikit pasal si dia, nama dia Minachi (bukan nama sebenar, nama betul Fiq akan bagitahu bila dah confirm yer.. hehe), banyak S yang melibatkan dia. Nama betul dia bermula dengan huruf S, apa lagi S yang melibatkan dia? Nak remind kena secara spontan.. Time menaip ni tak ingat dah.. Uiitsss... Bukan nyanyuk k... Ahaaakkkss... Yang pasti, Fiq senang berkawan dengan si dia, Fiq rasa serasi dengan si dia, boleh berdebat, dia open minded, minat bisnes, minat Chelsea, minat bola sepak, jujur, baik, soft spoken, boleh memasak, uisshh.. terlambung-lambung lak Fiq memuji dia.. Iskk.. Iskk.. Iskk... La ni, Fiq cuba berkenalan dengan ahli keluarga dia... 

     Apa-apa pun, Fiq akan tunggu dia habis exam dululah... Nak dia fokus on study. Bukan apa, Fiq takmo menjadi penyebab kegagalan dalam hidup seseorang. Terutamanya orang tu orang yang Fiq sayang. Nak tengok dia berjaya dan mencapai impiannya. Dan melihat dia bahagia di sisi Fiq... Cewwaahh... Ahakss... Tu je la kot nak coretkan untuk harini... Tiba-tiba mood nak menaip menjadi-jadi harini.. Aduuyyaaaiii... 

    Jumpa pada next post k.... Doakan Fiq supaya dapat bersama si dia k.... Cayalah u all... Asalam.....

Previous
Next Post »

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner